TEMAN
Aku ada seorang teman. Teman yang sedikit masa dahulu pernah menjadi teman tawa dan tangisku. Teman yang akan sedia menjadi penghibur, pembimbing dan amat jujur sepanjang tempoh persahabatan kami. Kami dahulunya rapat, sehingga kawan2ku yang lain sering mengajukan soalan2 keperihalannya kepadaku, di mana dia berada, apa yang sedang dilakukan dan bermacam2 lagi...
CIRI2 PERSAHABATAN
Saban hari panggilan telefon pasti tidak akan dilupakan. Daripada topik sekolah, kawan2, keluarga, shopping sakan, tabiat, hobi dan perkara2 yang lain, pendek kata, perbualan di antara kami berdua jarang ada 'malaikat yang lalu'. Ia penuh dengan tawaan, gurauan dan juga kutuk-mengutuk yang selalunya dapat dimaafkan dan dilupakan :D Hatiku sentiasa terhibur pabila aku berbual dengannya. Dia mampu membuatku lapang dan senang.
LALUAN MASING2
Namun, sayangnya, tamatnya zaman persekolahan kami, dan juga atas dasar2 lain yang terpaksa dicensor (kua3) oleh Kementerian Blog Bedok (ni rumah mak aku hihihihi ;P), hubungan kami berdua 'tergantung' dan masing2 melalui perjalanan hidup yang berbeza. Tidak pernah sekali pun kami berjanji untuk bertemu, apatah lagi berhubungan melalui telefon. Paling2 pun, kami akan berbalas email--eh bukannya email bertanyakan khabar, tapi, main forward2 email saje... Hanya kira2 tiga tahun yang lalu, ada aku menerima panggilan daripadanya menyatakan hasrat memohon maaf atas segala kesalahannya kerana akan menunaikan perintah tuhan bersama keluarga..TITIK.
PERTEMUAN
Secara kebetulan, fortuitous, aku dihubungkan dengannya melalui satu lelaman ala 'frienster'. Dipendekkan cerita, aku telah bertemu dengannya. Agak gentar dan kekok pada mulanya, tetapi alhamdulillah aku bertemankan seorang teman yang tidak pernah kekeringan topik untuk berbual, jadi dia dapat melegakan sedikit rasa gemuruhnya aku di dalam hati. Satu hal yang pasti - kami berbual seperti baru semalam kami bertemu :) Namun, aku tidak banyak bercakap dengannya sepanjang pertemuannya kami. Mungkin kerana fikiranku asyik melayang kepada masa2 silam persahabatan kami...
SYUKUR
Walaupun aku kurang pasti akan perasaan temanku itu, aku pula dapat merasakan semula perasaan senang di dalam hatiku. Perasaan yang sama pernah kurasai kira2 sepuluh tahun yang lalu, sewaktu kali pertama kami melimpahkan kerlingan perkenalan dan saling berbalas senyuman...
LABEL
Kawan? Rakan? Sahabat? Teman? Taulan?
Ada banyak gelaran yang dapat kita labelkan bagi 'friend'. Telah kulihat setiap definisi 'kawan' di Kamus Dewan, kesemuanya hampir serupa maknanya.
Namun, padaku, aku menggelarkan insan yang amat dekat di dalam hatiku ini sebagai seorang TEMAN - seorang insan yang selalu tersemat di dalam lubuk fikiranku... Biarla orang lain berpendapat ada perkataan gantian yang lebih baik daripada teman, tapi ni MEMBER aku pe...aku punye sukala!!! kua3!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment