Sunday, April 5, 2009

Puitis

Setiap orang punya impian
Impian itu yang membuat orang meneruskan kehidupan
Impian dinda ialah untuk mendapatkan cinta sejati

Jika patah sayap rajawali
Bertongkat jua kanda ke mari

Adinda anggap sebagai janji

Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta

Ia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi

Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari

Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini
Fana ini...

Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi

Tiada sempadan
Tak bisa kulewati

Cinta ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku

PGL 2006

Saturday, December 20, 2008

MukadimahKU

Tidak berkesempatan...
Sudah sekian lama aku tidak menitipkan sebarang rangkaian kekata yang mampu meredakan segala perit jerihnya isi hati...
Hati ini telah melalui bermacam2 pergolakan emosi..Tatkala suria pagi mencecah dan memberikan salamnya kepada segala insani di dunia yang bakal dijemput si penciptanya, tatkala itu jugalah kehidupan aku meniti pelbagai perasaan di hati.

Monday, October 20, 2008

Tinta

"Ya Allah Ya Tuhanku...Hanya padamu aku menyembah dan hanya kepadamu kuserahkan diri ini.
Ya Allah, berikanlah aku semangat untuk meneruskan perjalanan hidupku ini ya Allah. Kurniakanlah aku dengan kesabaran agar aku mampu bersenyum kepada anak2ku setiap pagi, setiap hari. Ya Allah, bekalkanlah diriku dengan ketekalan supaya dapat aku mendidik anak2ku, anak2 bangsa, tanpa mengenal rasa jemu.
Ya Allah, aku rasakan diri ini ibarat sekeping kaca yang telah retak seribu, yang hanya menantikan hembusan bayu untuk menumpaskanku. Benteng yang menyelimuti diriku ini tidak dapat bertahan dengan lebih lama lagi. Telah goyah. Terlalu lesu.
Ya Allah, aku ingin menjadi seorang kawan yang sentiasa berada di sisinya pabila berduka. Aku ingin menjadi seorang anak yang tidak pernah leka menunaikan tanggungjawab kepada ibu ayah. Aku ingin menjadi seorang ibu mithali kepada ketiga2 puteri2ku, agar mereka dapat membesar mengenali erti kasih sayang, erti keESAan tuhan, peri pentingnya ilmu pelajaran...Ya Allah, selama ini aku ingin menjadi seorang isteri yang dapat memenuhi kehendak suami serta menjadi tunggak kejayaannya.
Aku gagal Ya Allah. Aku gagal dalam semua itu. Aku amat2 memerlukanmu. Petunjukmu. Aku amat kecewa dengan diriku ini. Aku amat hampa dengan segalanya. Aku tak tahu apa kan kulakukan Ya Allah. Aku amat2 memerlukan, ya Tuhan ya Rabbi..."

Sunday, October 19, 2008

Berhari Raya ke ni???


Bawah: Gini, Maya (puteri Gini), Mazlin, Azna, Sharie, Irving
Atas: Alisa, Ashri, gue, Shikin.


Ok...ni lagu satu blog yang berunsur ringan2 saja. Gambar ini dipetik di rumah Alisa. Alisa merupakan kawanku semenjak di bangku sekolah menengah lagi. CCA pun sama jugak...

Kawan2 di dalam gambar ini juga merupakan kawan2 yang sentiasa bersama (duduk pun dekat2 juga)...

Kesemua ni bertandang ke rumah Alisa, ala-ala tema Hari Raya... Hari Raya kehapehape benda je la :D Dahla tak berbaju Melayu, yang berseluar katok pun ada!

DEMAM

Kira2 dua minggu yang lalu, sewaktu ramai umat Islam meraikan kemenangan berpuasa menahan lapar, dahaga, nafsu wa amarah, Papa mendapat berita bahawa beliau adalah di antara 820 jemaah haji yang ditolak MUIS bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Tidak berapa lama selepas itu, Papa demam. Terlalu hampa. Manakan tidak. Suntikan telah pun diberikan seawal September. Harapan yang diberikan setinggi gunung sedemikian sememangnya sukar bagi menenangkan jiwa dan hasrat Papa ke tanah suci. Dapat kulihat dari raut wajahnya. Dapat kusaksikan juga kerutan di dahi Papa yang kian menunjukkan usia senjanya...
Sedikit sebanyak aku terasa juga dengan keadaan Papa. Bertahun lamanya Papa menundakan hasratnye ke Makkah kerana mahu menyelesaikan tugasnya sebagai seorang ayah yang ingin melihat anak perempuannya bahagia ke jinjang pelamin pada ketika itu. Pada masa itu Papa banyak membantu menguruskan dan menanggung ongkos majlis persandinganku.
Aku juga rasa bersalah kerana kebahagian yang ingin Papa lihat dalam mahligaiku tidak tercapai. Segala pengorbanan Papa bak air sungai yang mengalir terus ke samudera yang luas tiada sempadan. Namun jauh di dalam lubuk hatiku, aku berdoa agar surat kedua MUIS yang akan tiba pada 24 Oktober ini menjanjikan sesuatu yang manis buat Papa.

sePESEN


On a lighter side. Dalam halaman ini, aku ingin berkongsi gambar. Gambar ini kuambil ketika ketiga2 puteri nyenyak lena di dalam kamar yang mereka gelarkan 'Bilik Toys' :)

Ia dipetik kerana aku tertarik cara mereka bertiga menyusun stail berbaring ketika itu. Baring sePESEN.

Seperti yang tertera di atas, anakku yang di bahagian kiri sekali, Iza aka 'sleeping partner gue' haha...
Yang tengah, Tisya.
Dan yang paling kanan sekali, Syafiah.
Selalunya tempat tidurku di sebelah Iza. Tapi malam berkenaan, Tisya, yang terlalu mengantuk dengan selambanya, merehatkan kepala seraya mengambil tempat bobok seseorang yang digelar IBU :D


Tuesday, October 7, 2008

Ritma Kehidupan

Angin yang berhembus mesra tatkala sepi mengundang diri pasti dapat menenangkan serta mententeramkan jiwa seseorang insan itu.

Apatah lagi jika seseorang itu sedang dirundung sesuatu yang amat membebankan rohani dan jasmani. Awan gelap seakan-akan tidak mahu meninggalkan insan itu, sentiasa mengekorinya ke mana sahaja langkah yang ditujui.

Inilah lumrah kehidupan manusia yang acap kali diutarakan kepada teman sahabat taulan sekalian.

Diriku yang kecil lagi kerdil juga tidak lari daripada hakikat kehidupan ini. Saban hari aku sering bertanyakan kepada diriku ini, apakah yang akan menantiku pada esok hari?naik gaji?makan free?dihamun dimaki?disergah dipuji?ditinggalkan, kan merana diri?

Pabila suria nan ceria mula menjemput manusia bangkit dari lamunan mimpi...tatkala itulah juga manusia kan dijemput menghadiri pelbagai cabaran hakiki..sentiasa menguji keimanan diri, serta ketangkasan bertindak menurut naluri.

Yang lemah kan mengeluh melututkan jasad ke bumi,seraya mengangkat tangan mengaku lemah,buta tuli dan rela menjunjung peribahasa kerbau dicucuk hidung ke mana sahaja langkah diorak,disusuni.

Yang tabah?Keringat yang tiada henti menghujani dahi,menguji kesabaran di hati,mengharungi setiap onak dan duri, kan mampu mengukir senyuman di bibir merah, semerah-merahnya saga kalau dapat dibandingkan sebegitu rupa. Kemenangan sebegini bukanlah sesuatu yang dapat dipatungkan, dicetakkan, dipaterikan.Yang empunya diri sahaja yang boleh menadah tangan menyerukan kata2 pujian, memuji kebesaran pencipta alam yang maha adil, maha bijaksana, maha mengetahui.

Bagi diriku pula, aku lalui hari2 ku ibarat yang rabun tiada bertongkat. Yang mampu menyuluh kehidupanku adalah cahaya mata yang menjadi penghibur di kala sepi. Aku ingin mencari kepastian,agar diri ini tidak berdiri tiada erti, ibarat gantung tak bertali. Hati ini sepi. Seringkali mendambakan kebahagian yang tulus,yang abadi dalam kehidupan sebelum ajal mengundang insani. Penuh - jiwa ini penuh dengan kegundahan yang kian lama dipendam, memakan diri.

Aku berharap, agar satu hari nanti, aku mampu melimpahkan senyuman yang lahir dari hati yang bersih murni, yang akhirnya mendapat jawapan yang selama ini dicari.

Ya tuhan, aku amat amat memerlukanmu.Bantulah aku.