Angin yang berhembus mesra tatkala sepi mengundang diri pasti dapat menenangkan serta mententeramkan jiwa seseorang insan itu.
Apatah lagi jika seseorang itu sedang dirundung sesuatu yang amat membebankan rohani dan jasmani. Awan gelap seakan-akan tidak mahu meninggalkan insan itu, sentiasa mengekorinya ke mana sahaja langkah yang ditujui.
Inilah lumrah kehidupan manusia yang acap kali diutarakan kepada teman sahabat taulan sekalian.
Diriku yang kecil lagi kerdil juga tidak lari daripada hakikat kehidupan ini. Saban hari aku sering bertanyakan kepada diriku ini, apakah yang akan menantiku pada esok hari?naik gaji?makan free?dihamun dimaki?disergah dipuji?ditinggalkan, kan merana diri?
Pabila suria nan ceria mula menjemput manusia bangkit dari lamunan mimpi...tatkala itulah juga manusia kan dijemput menghadiri pelbagai cabaran hakiki..sentiasa menguji keimanan diri, serta ketangkasan bertindak menurut naluri.
Yang lemah kan mengeluh melututkan jasad ke bumi,seraya mengangkat tangan mengaku lemah,buta tuli dan rela menjunjung peribahasa kerbau dicucuk hidung ke mana sahaja langkah diorak,disusuni.
Yang tabah?Keringat yang tiada henti menghujani dahi,menguji kesabaran di hati,mengharungi setiap onak dan duri, kan mampu mengukir senyuman di bibir merah, semerah-merahnya saga kalau dapat dibandingkan sebegitu rupa. Kemenangan sebegini bukanlah sesuatu yang dapat dipatungkan, dicetakkan, dipaterikan.Yang empunya diri sahaja yang boleh menadah tangan menyerukan kata2 pujian, memuji kebesaran pencipta alam yang maha adil, maha bijaksana, maha mengetahui.
Bagi diriku pula, aku lalui hari2 ku ibarat yang rabun tiada bertongkat. Yang mampu menyuluh kehidupanku adalah cahaya mata yang menjadi penghibur di kala sepi. Aku ingin mencari kepastian,agar diri ini tidak berdiri tiada erti, ibarat gantung tak bertali. Hati ini sepi. Seringkali mendambakan kebahagian yang tulus,yang abadi dalam kehidupan sebelum ajal mengundang insani. Penuh - jiwa ini penuh dengan kegundahan yang kian lama dipendam, memakan diri.
Aku berharap, agar satu hari nanti, aku mampu melimpahkan senyuman yang lahir dari hati yang bersih murni, yang akhirnya mendapat jawapan yang selama ini dicari.
Ya tuhan, aku amat amat memerlukanmu.Bantulah aku.

No comments:
Post a Comment