Sunday, October 19, 2008

DEMAM

Kira2 dua minggu yang lalu, sewaktu ramai umat Islam meraikan kemenangan berpuasa menahan lapar, dahaga, nafsu wa amarah, Papa mendapat berita bahawa beliau adalah di antara 820 jemaah haji yang ditolak MUIS bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Tidak berapa lama selepas itu, Papa demam. Terlalu hampa. Manakan tidak. Suntikan telah pun diberikan seawal September. Harapan yang diberikan setinggi gunung sedemikian sememangnya sukar bagi menenangkan jiwa dan hasrat Papa ke tanah suci. Dapat kulihat dari raut wajahnya. Dapat kusaksikan juga kerutan di dahi Papa yang kian menunjukkan usia senjanya...
Sedikit sebanyak aku terasa juga dengan keadaan Papa. Bertahun lamanya Papa menundakan hasratnye ke Makkah kerana mahu menyelesaikan tugasnya sebagai seorang ayah yang ingin melihat anak perempuannya bahagia ke jinjang pelamin pada ketika itu. Pada masa itu Papa banyak membantu menguruskan dan menanggung ongkos majlis persandinganku.
Aku juga rasa bersalah kerana kebahagian yang ingin Papa lihat dalam mahligaiku tidak tercapai. Segala pengorbanan Papa bak air sungai yang mengalir terus ke samudera yang luas tiada sempadan. Namun jauh di dalam lubuk hatiku, aku berdoa agar surat kedua MUIS yang akan tiba pada 24 Oktober ini menjanjikan sesuatu yang manis buat Papa.

No comments: