Sunday, April 5, 2009

Puitis

Setiap orang punya impian
Impian itu yang membuat orang meneruskan kehidupan
Impian dinda ialah untuk mendapatkan cinta sejati

Jika patah sayap rajawali
Bertongkat jua kanda ke mari

Adinda anggap sebagai janji

Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta

Ia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi

Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari

Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini
Fana ini...

Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi

Tiada sempadan
Tak bisa kulewati

Cinta ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku

PGL 2006

Saturday, December 20, 2008

MukadimahKU

Tidak berkesempatan...
Sudah sekian lama aku tidak menitipkan sebarang rangkaian kekata yang mampu meredakan segala perit jerihnya isi hati...
Hati ini telah melalui bermacam2 pergolakan emosi..Tatkala suria pagi mencecah dan memberikan salamnya kepada segala insani di dunia yang bakal dijemput si penciptanya, tatkala itu jugalah kehidupan aku meniti pelbagai perasaan di hati.

Monday, October 20, 2008

Tinta

"Ya Allah Ya Tuhanku...Hanya padamu aku menyembah dan hanya kepadamu kuserahkan diri ini.
Ya Allah, berikanlah aku semangat untuk meneruskan perjalanan hidupku ini ya Allah. Kurniakanlah aku dengan kesabaran agar aku mampu bersenyum kepada anak2ku setiap pagi, setiap hari. Ya Allah, bekalkanlah diriku dengan ketekalan supaya dapat aku mendidik anak2ku, anak2 bangsa, tanpa mengenal rasa jemu.
Ya Allah, aku rasakan diri ini ibarat sekeping kaca yang telah retak seribu, yang hanya menantikan hembusan bayu untuk menumpaskanku. Benteng yang menyelimuti diriku ini tidak dapat bertahan dengan lebih lama lagi. Telah goyah. Terlalu lesu.
Ya Allah, aku ingin menjadi seorang kawan yang sentiasa berada di sisinya pabila berduka. Aku ingin menjadi seorang anak yang tidak pernah leka menunaikan tanggungjawab kepada ibu ayah. Aku ingin menjadi seorang ibu mithali kepada ketiga2 puteri2ku, agar mereka dapat membesar mengenali erti kasih sayang, erti keESAan tuhan, peri pentingnya ilmu pelajaran...Ya Allah, selama ini aku ingin menjadi seorang isteri yang dapat memenuhi kehendak suami serta menjadi tunggak kejayaannya.
Aku gagal Ya Allah. Aku gagal dalam semua itu. Aku amat2 memerlukanmu. Petunjukmu. Aku amat kecewa dengan diriku ini. Aku amat hampa dengan segalanya. Aku tak tahu apa kan kulakukan Ya Allah. Aku amat2 memerlukan, ya Tuhan ya Rabbi..."

Sunday, October 19, 2008

Berhari Raya ke ni???


Bawah: Gini, Maya (puteri Gini), Mazlin, Azna, Sharie, Irving
Atas: Alisa, Ashri, gue, Shikin.


Ok...ni lagu satu blog yang berunsur ringan2 saja. Gambar ini dipetik di rumah Alisa. Alisa merupakan kawanku semenjak di bangku sekolah menengah lagi. CCA pun sama jugak...

Kawan2 di dalam gambar ini juga merupakan kawan2 yang sentiasa bersama (duduk pun dekat2 juga)...

Kesemua ni bertandang ke rumah Alisa, ala-ala tema Hari Raya... Hari Raya kehapehape benda je la :D Dahla tak berbaju Melayu, yang berseluar katok pun ada!

DEMAM

Kira2 dua minggu yang lalu, sewaktu ramai umat Islam meraikan kemenangan berpuasa menahan lapar, dahaga, nafsu wa amarah, Papa mendapat berita bahawa beliau adalah di antara 820 jemaah haji yang ditolak MUIS bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Tidak berapa lama selepas itu, Papa demam. Terlalu hampa. Manakan tidak. Suntikan telah pun diberikan seawal September. Harapan yang diberikan setinggi gunung sedemikian sememangnya sukar bagi menenangkan jiwa dan hasrat Papa ke tanah suci. Dapat kulihat dari raut wajahnya. Dapat kusaksikan juga kerutan di dahi Papa yang kian menunjukkan usia senjanya...
Sedikit sebanyak aku terasa juga dengan keadaan Papa. Bertahun lamanya Papa menundakan hasratnye ke Makkah kerana mahu menyelesaikan tugasnya sebagai seorang ayah yang ingin melihat anak perempuannya bahagia ke jinjang pelamin pada ketika itu. Pada masa itu Papa banyak membantu menguruskan dan menanggung ongkos majlis persandinganku.
Aku juga rasa bersalah kerana kebahagian yang ingin Papa lihat dalam mahligaiku tidak tercapai. Segala pengorbanan Papa bak air sungai yang mengalir terus ke samudera yang luas tiada sempadan. Namun jauh di dalam lubuk hatiku, aku berdoa agar surat kedua MUIS yang akan tiba pada 24 Oktober ini menjanjikan sesuatu yang manis buat Papa.

sePESEN


On a lighter side. Dalam halaman ini, aku ingin berkongsi gambar. Gambar ini kuambil ketika ketiga2 puteri nyenyak lena di dalam kamar yang mereka gelarkan 'Bilik Toys' :)

Ia dipetik kerana aku tertarik cara mereka bertiga menyusun stail berbaring ketika itu. Baring sePESEN.

Seperti yang tertera di atas, anakku yang di bahagian kiri sekali, Iza aka 'sleeping partner gue' haha...
Yang tengah, Tisya.
Dan yang paling kanan sekali, Syafiah.
Selalunya tempat tidurku di sebelah Iza. Tapi malam berkenaan, Tisya, yang terlalu mengantuk dengan selambanya, merehatkan kepala seraya mengambil tempat bobok seseorang yang digelar IBU :D


Tuesday, October 7, 2008

Ritma Kehidupan

Angin yang berhembus mesra tatkala sepi mengundang diri pasti dapat menenangkan serta mententeramkan jiwa seseorang insan itu.

Apatah lagi jika seseorang itu sedang dirundung sesuatu yang amat membebankan rohani dan jasmani. Awan gelap seakan-akan tidak mahu meninggalkan insan itu, sentiasa mengekorinya ke mana sahaja langkah yang ditujui.

Inilah lumrah kehidupan manusia yang acap kali diutarakan kepada teman sahabat taulan sekalian.

Diriku yang kecil lagi kerdil juga tidak lari daripada hakikat kehidupan ini. Saban hari aku sering bertanyakan kepada diriku ini, apakah yang akan menantiku pada esok hari?naik gaji?makan free?dihamun dimaki?disergah dipuji?ditinggalkan, kan merana diri?

Pabila suria nan ceria mula menjemput manusia bangkit dari lamunan mimpi...tatkala itulah juga manusia kan dijemput menghadiri pelbagai cabaran hakiki..sentiasa menguji keimanan diri, serta ketangkasan bertindak menurut naluri.

Yang lemah kan mengeluh melututkan jasad ke bumi,seraya mengangkat tangan mengaku lemah,buta tuli dan rela menjunjung peribahasa kerbau dicucuk hidung ke mana sahaja langkah diorak,disusuni.

Yang tabah?Keringat yang tiada henti menghujani dahi,menguji kesabaran di hati,mengharungi setiap onak dan duri, kan mampu mengukir senyuman di bibir merah, semerah-merahnya saga kalau dapat dibandingkan sebegitu rupa. Kemenangan sebegini bukanlah sesuatu yang dapat dipatungkan, dicetakkan, dipaterikan.Yang empunya diri sahaja yang boleh menadah tangan menyerukan kata2 pujian, memuji kebesaran pencipta alam yang maha adil, maha bijaksana, maha mengetahui.

Bagi diriku pula, aku lalui hari2 ku ibarat yang rabun tiada bertongkat. Yang mampu menyuluh kehidupanku adalah cahaya mata yang menjadi penghibur di kala sepi. Aku ingin mencari kepastian,agar diri ini tidak berdiri tiada erti, ibarat gantung tak bertali. Hati ini sepi. Seringkali mendambakan kebahagian yang tulus,yang abadi dalam kehidupan sebelum ajal mengundang insani. Penuh - jiwa ini penuh dengan kegundahan yang kian lama dipendam, memakan diri.

Aku berharap, agar satu hari nanti, aku mampu melimpahkan senyuman yang lahir dari hati yang bersih murni, yang akhirnya mendapat jawapan yang selama ini dicari.

Ya tuhan, aku amat amat memerlukanmu.Bantulah aku.

Monday, October 6, 2008

Wang...Fulus...Duit..

Masih dalam bab beraya...Maklumlah kalau sebulan berpuasa, sebulanlah menepati syarat menziarahi sanak-saudara dan beraya sakan ;P
Sebut pasal raya, anak2 la yang paling menyukai raya. Duit raya yang dilipat cantik2 dalam sampul surat yang beraneka warna merupakan klimaks pertemuan antara saudara2 di sesebuah rumah. Setelah puas bermain2, berbual2, berlari2, menjamu kuih dan juga duduk menunggu masa menanti mak abah nak buka dialog "OK SALAM MAKCIK. KITA NAK BALIK NI"....makanya, memang BERBALOI anak2 ni menunggu waktu 'salam2'...LUCU DAN MENCUITKAN HATI :D
TIGA DARA
Sewaktu hari raya pertama budak2 ni bersalam-salaman, mereka menerima duit raya dengan wajah yang amat tersipu2. Syafiah akan menerimanya dengan dua tangan. Ija pula akan malu2 hendak mengambilnya pada mula2, tetapi kemudian ibarat sepantas kilat menyapu bersih segala sampul2 yang ada tersedia.Tapi yang paling aku tidak dapat lupakan ialah gelagat anakku yang comel cilik ni, Tisya. Nampak apa sahaja, semuanya akan cakap, "nak...nak...NAAAKKK!!!!" Bila da dapat duit kan, cepat2 dia ambil dan belek betul2 sampul cari tempat buka.
Sungguh comel dan mengasyikkan melihat jari-jemarinya yang halus, pendek dan kecil2 membelek2 dan memusing2kan sampul surat untuk melihat design di luarnya. Begitu asyiknya Tisya mencari duit yang 'tersembunyi' daripada pandangannya sehinggakan dia tak sedar air liur bucuknya meleleh dari ruang gusi yang belum dipenuhi gigi...kekek...
TAK BOLEH!!!
Kini, kakak aka Syafiah, akan memastikan segala sampul yang diterimanya akan dimasukkan ke dalam beg jalan.PRONTO.ASAP...."Ibu, kalau kakak tak masukkan, nanti lupa...kita nak beli coklatla ibu...please...."Haaaiiii begitula keadaan kakak.
Ija pula sekarang akan menyerahkan duitnya kepadaku kerana "takut nanti kakak amik..." :D
Tisya????....."NAAAAKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!"

~~~LUCU~~~

Wednesday, October 1, 2008

Syawal



















Ija yg diri kiri-senyum suka(mengamok pun suka)
Tisya yg di tgh-cuba scan area bawah mata kiri
Syafiah-suka melawa(tgk anting2 dia)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LEBARAN
Juga disebut sebagai Hari Raya (duh), Hari Kemenangan, Hari Kemaafan....
Satu hari yang membawa pengertian yang berbeza kepada segala lapisan insan di dunia; dunia yang akan menemui penghujungnya...

EMAS
Kalau dilihat dari sudut insan golongan ini, perasaan syukur ke hadrat illahi pasti kan hadir di dalam sudut hati mereka. Dapat juga mereka melihat mentari bersinar kembali di ufuk timur. Dapat mereka mengabdikan diri kepada tuhan yang esa. Dapat mereka mensucikan segala kegelapan hati, kepincangan diri, keterlanjuran kata....agar diri dapat menebus segala dosa sewaktu muda...kalau boleh bleach kasi putih, da buat dah...
MUDA
Golongan ini terbahagi tiga - yang lurus bendul, yang tersimpang jauh...dan tidak ketinggalan - haluan pertengahan :)

(1)Kalau ada mata yang terasa pedih tatkala berlalu lalang sewaktu mencari juadah berbuka puasa, bukannya disebabkan habuk yang menjengah singgah ke dalam mata...mungkin ada terlihat kelibat manusia yang hendak menjamah santapan....bukannya apa...

(2)Yang lurus bendul ni, pasti wajah keriangan mereka terpancar pabila ganjaran menanti diri....

(3)Yang haluan pertengahan - ah ni aku suka!!!sebab di sinilah aku rasa2 kategori aku...sini tak, sana pun tak...nak kata warak, tidak...tapi aku cuba menunjukkan contoh serta sikap yang terbaik untuk anak2...


Sebut pasal anak2, golongan inilah yang ternyata golongan yang paling GUMBIRA...mana tidak kan? Takkan tak pernah melalui zaman tu...


































HARAPAN

Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerana kerelaanmu
Bukan kerana dendam jua
Bukan kerana kau terpaksa
Kutinggalkan memori bersamamu
Kuundur diri bersama harapan
Tidak kesampaian cinta kita
Kubawa harapan menggenggam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia
Tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri
Kupasti dikau kan fahami
Tiada penyesalan kasih kukorbankan
Andai telah tertulis
Kuterima, ini bukannya kupinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku


Sunday, September 28, 2008

820

Minggu lalu, Ibu telah mengkhabarkan kepadaku tentang suatu rencana yang didengarnya menerusi saluran TV. Menurutnya, seramai 820 orang jemaah haji dari Singapura terpaksa dikeluarkan daripada senarai jemaah yang akan menyahut seruan tuhan di tanah suci kelak.
IBU aka MAMI
>"Kesian papa....da lama dia nak pegi...dah bertahun dia tunggu...barulah tahun ni, terbuka hati dia nak pegi...kalau tak, bila lagi...kesian...."
>>"Padahal daripada tahun 2000 dia da simpan duit..Mami pun ada tolong simpankan duit, pakai duit keje..."
>>>Dulu, pada tahun 2000, ada Mami kata, "Papa ada cakap, Dila nak tunang, nak pakai jugak duit..sikit pun duit..."
>>>>"Kemudian pada tahun 2002, Mami menambah, "Papa ada kata, Dila nak kawin...kita kena bantu..belanja ni...lagipun diri belum sedia..."
KINI
Sehinggalah aku dianugerahi dengan tiga orang anak perempuan, Papa akhirnya memutuskan untuk mendaftarkan namanya untuk menunaikan haji pada tahun ini.
PAPA
>"Papa pegi biarla Papa doakan for you and your kids. Wats important is dat you must be strong in everything that you have to go through..."
AKU
Pilu dan terharu aku mendengar kata2 Mami.
Tersentuh pabila aku memahami setiap kata2 Papa.
Aku benar2 mengharapkan agar hasrat Papa untuk ke tanah suci dimakbulkan jua. Seiring dengan doa yang kupanjatkan juga, aku berharap surat MUIS yang akan diterimanya pada hari Jumaat ini hanyalah akan menyampaikan berita gembira hendaknya. INSYAALLAH...

Saturday, September 27, 2008

BuRuNg

Semasa kecilku, aku amat meminati perihal burung...Ah, bukan burung tu tu tu...burung, yang sering dimisunderstoodkan, aka bird (sighh..haha), unggas, makhluk tuhan yang bisa terbang dengan mengibarkan sayapnya...Burung yang itulah..
Back to burung, ibuku pernah memelihara seekor anak burung yang sekecil empat inci, botak, tiada berbulu, tampak merah jambunya kulitnya dan tubuh dipenuhi dengan kuman2 yang tidak jemu2 bertawaf di sekeliling tubuhnya 25 jam sehari dan sepanjang hayatnya.
Ia hidup tidaklah lama, namun semasa ia masih menghembuskan nafas dan memperjuangkan hidup melawan kuman2 dan juga kondisi2 lain, aku mula tertarik untuk membaca lebih banyak tentang burung, habitatnya, kelakuan, kastanya serta segala apa mengenai setiap spesis burung.
Selepas sekolah di Sekolah Rendah Damai dulu aku akan terus ke perpustakaan dan mencari maklumat dan mengkaji tentang burung...dulu internet takla berleluasa...
Ilmuku tentang 'burung' ni, tidakla mendalam seperti menyediakan Nasi Briyani Dam yang enak menjilat jari...tetapi sekadar masak Nasi Goreng Cina sahaja :)
ORNITOLOGI
Itulah nama bidang kajian tentang burung. Baru kukenali gelaran itu semalam, setelah 29tahun hayatku dikandung badan :)

UNISIM

Kira2 enam setengah tahun yang lalu, sewaktu aku baru sahaja tamat pengajianku di NIE, ada pernah terlintas di fikiranku untuk melanjutkan pelajaran di UM.
Manusia merancang, tuhan menentukan ye tak...niat tulus lagi suci murni tu lama-kelamaan terkubur bersama tahi mataku yang saban hari asyik menebal saja...
Cita2ku dan keluarga untuk melihatku menerima segulung ijazah kertas yang akan hangus kalau adanya kebakaran (ooppsss...) ibarat sehelai kain putih yang dibiarkan kelabu dan akhirnya hitam bertemankan habuk sekeliling.
Pssssss.......
Tapi kan, insyaallah jika diizinkan tuhan, seandainya dapat aku selesaikan urusan logistik (babysitter untuk si 3 cilik tu....) akan ku sambung pengajianku di UNISIM 2009, institusi yang menawarkan ijazah sarjana muda dalam kesusasteraan dan bahasa Melayu (alah...tak surela apa nama deg dia...datang briefing da setengah jam lambat....hihihihi)
Sokongan
Aku akan perlukan sokongan moral dan terutama sekali nota2, assignment2, tip2 macam mana nak belajar dan bubble pada masa yang sama :)
Moga2 adalah member2 yang dapat membantu, insyaallah...

*PEACE*

TEMAN

TEMAN
Aku ada seorang teman. Teman yang sedikit masa dahulu pernah menjadi teman tawa dan tangisku. Teman yang akan sedia menjadi penghibur, pembimbing dan amat jujur sepanjang tempoh persahabatan kami. Kami dahulunya rapat, sehingga kawan2ku yang lain sering mengajukan soalan2 keperihalannya kepadaku, di mana dia berada, apa yang sedang dilakukan dan bermacam2 lagi...
CIRI2 PERSAHABATAN
Saban hari panggilan telefon pasti tidak akan dilupakan. Daripada topik sekolah, kawan2, keluarga, shopping sakan, tabiat, hobi dan perkara2 yang lain, pendek kata, perbualan di antara kami berdua jarang ada 'malaikat yang lalu'. Ia penuh dengan tawaan, gurauan dan juga kutuk-mengutuk yang selalunya dapat dimaafkan dan dilupakan :D Hatiku sentiasa terhibur pabila aku berbual dengannya. Dia mampu membuatku lapang dan senang.
LALUAN MASING2
Namun, sayangnya, tamatnya zaman persekolahan kami, dan juga atas dasar2 lain yang terpaksa dicensor (kua3) oleh Kementerian Blog Bedok (ni rumah mak aku hihihihi ;P), hubungan kami berdua 'tergantung' dan masing2 melalui perjalanan hidup yang berbeza. Tidak pernah sekali pun kami berjanji untuk bertemu, apatah lagi berhubungan melalui telefon. Paling2 pun, kami akan berbalas email--eh bukannya email bertanyakan khabar, tapi, main forward2 email saje... Hanya kira2 tiga tahun yang lalu, ada aku menerima panggilan daripadanya menyatakan hasrat memohon maaf atas segala kesalahannya kerana akan menunaikan perintah tuhan bersama keluarga..TITIK.
PERTEMUAN
Secara kebetulan, fortuitous, aku dihubungkan dengannya melalui satu lelaman ala 'frienster'. Dipendekkan cerita, aku telah bertemu dengannya. Agak gentar dan kekok pada mulanya, tetapi alhamdulillah aku bertemankan seorang teman yang tidak pernah kekeringan topik untuk berbual, jadi dia dapat melegakan sedikit rasa gemuruhnya aku di dalam hati. Satu hal yang pasti - kami berbual seperti baru semalam kami bertemu :) Namun, aku tidak banyak bercakap dengannya sepanjang pertemuannya kami. Mungkin kerana fikiranku asyik melayang kepada masa2 silam persahabatan kami...
SYUKUR
Walaupun aku kurang pasti akan perasaan temanku itu, aku pula dapat merasakan semula perasaan senang di dalam hatiku. Perasaan yang sama pernah kurasai kira2 sepuluh tahun yang lalu, sewaktu kali pertama kami melimpahkan kerlingan perkenalan dan saling berbalas senyuman...
LABEL
Kawan? Rakan? Sahabat? Teman? Taulan?
Ada banyak gelaran yang dapat kita labelkan bagi 'friend'. Telah kulihat setiap definisi 'kawan' di Kamus Dewan, kesemuanya hampir serupa maknanya.
Namun, padaku, aku menggelarkan insan yang amat dekat di dalam hatiku ini sebagai seorang TEMAN - seorang insan yang selalu tersemat di dalam lubuk fikiranku... Biarla orang lain berpendapat ada perkataan gantian yang lebih baik daripada teman, tapi ni MEMBER aku pe...aku punye sukala!!! kua3!!!

Salam Perkenalan

Blog ini akan mengandungi unsur-unsur kekeluargaan, terutamanya 3 orang anakku yang sangat kukasihi...Jadi ada eloknya juga aku memperkenalkan mereka bertiga.

(1)Yang pertama :Dini Syafiah-lebih senang dipanggil 'kakak' atau Syafiah saja...Tapi di sekolah aka 'Dini'...

(2)Yang tengah : 'Izzah Fatihah-kekadang diteriak 'Ija' pun dia datang, jerit 'Fatihah' pun dia nyahut, panggil 'Iza' pun dia akan menoleh...jadi budak yang ini, kesimpulannya,OK.

(3)Yang akhir : Batrisyia-ah ni favourite-of -the-season....almaklum...keluaran terbaharukan, tentulah menjadi santapan kegemaran buat masa kini. Anak yang comel dan ceria ini kekadang dipanggil Tisha, Bat, Batrisy...namun begitu, dengan si bongsu ni, tak panggil dia pun, dia akan datang!!!

Ketiga-tiga anakku ini selalu menunjukkan keletah yang pelbagai setiap hari. Penat dan kekadang tu ada di antara kelakuan budak2 yang akan membuat kita yang penat selesai bertugas dan pulang keletihan, marah dan kurang tahap kesabaran...Namun, anak sebagaimana amanah tuhan untuk dilentur dan dididik, juga merupakan anugerah tuhan yang maha kaya, dan tidak dapat dijual beli di kedai2 7-11, NTUC, Cold Storage, IKEA dan sebagainya...
Jadi, anak2 ku inilah penenang rasa resah dan tatkala langit kian mendung :D

Budak Baharu

Segala yang wujudnya kini memang da tentu ada permulaannya bukan....
Dulu ada multiply,dah lama tak dikemaskini..haha...lepas tu,lat beberapa tahun,tambah lagi satu multiply..mendak juga kesudahannya (farah..oh..farah)..
Tapi, walau apapun, tak boleh menandingi kehebatan diriku pada tahun 2008 untuk sign up bermacam2 blog.nak tau ape?
(1)Livejournal (ada...)
(2)Friendster (pun ada...)
(3)Multiply (huh..lagi....YA!)
(4)Facebook (errr..ada jugek)
Jadi, dapat dilihat diriku ini tidak syak lagi..memang suka tinggalkan kerja separuh jalan hahaha..
Bukannya ape...sesungguhnya memang pernah cuba untuk meluangkan masa untuk kemaskinikan blog, tapi, lama-kelamaan ibarat melepaskan batuk di tangga...
Tapi aku kan cuba...kali ini, cuba untuk fokus update blog aku ni!!!!
Selamat Maju Jaya Fara dan majulah sukan untuk negara!!!